Watak Yakitate!! Japan

Watak utama

Fail:Yakaitate Japan Character Azuma.png

Kazuma Azuma (東和馬, Azuma Kazuma): Hero utama siri ini yang merupakan seorang tukang roti yang bercita-cita membuat Roti Jepun. Dia tidaklah kelihatan seperti seorang yang pandai, tetapi dia adalah seorang yang pintar mengenai roti. (Dia berpengetahuan luas mengenai nasi kerana datuknya). Azuma juga memiliki Tangan Matahari yang hangat bagi membolehkan ragi menapai lebih pantas dan lebih baik ketika dia membuat roti. Dia berperwatakan optimistik dan ceria, serta tidak mudah patah semangat daripada saingan yang diterimanya, kecuali ketika menghadapi peristiwa tragis. Dia mendapat inspirasi dari pelbagai sumber seperti makanan Jepun serta cerita-cerita dari datuknya, seorang pesawah padi. Mempunyai kemahiran mencongak yang luar biasa apabila Pierrot sedang terkial-kial cuba menyelesaikan masalah matematik yang dilakar di atas pasir.

Fail:Yakaitate Japan Character Kawachi.png

Kyousuke Kawachi (河内恭介, Kawachi Kyōsuke): Rakan sekerja Azuma yang berasal dari kawasan Kansai. Kawachi lebih berpengetahuan mengenai roti berbanding Azuma, tetapi turut dikenali kerana selalu menjerit "Apa diaaa?!" (Nanyate?!) pada setiap bab. Dia menganggap Azuma sebagai pesaingnya, namun hubungan antara mereka saling tak ubah seperti "abang dan adik", kerana Kawachi lebih berpengalaman daripada Azuma mengenai hal selain roti. Dia memperolehi "Sarung Tangan Matahari" hasil latihan fizikal bersama Tsukino. Ada kalanya dia bersikap pemalas dan berperangai tidak senonoh, tetapi ketika masa terdesak dia menumpukan usahanya untuk membuat roti yang hebat. Pada satu ketika, dia berjaya menunaikan impian mendiang bapanya, seorang tukang roti yang tidak berbakat tetapi bersemangat tinggi, yang mahu membuat roti putih yang berkhasiat, lazat, dan sesuai dimakan setiap hari. Satu perkara yang menarik mengenai Kawachi ialah kerana dia kerap menukar stail rambut sepanjang siri ini (4 kali).

Fail:Yakaitate Japan Character Kai.png

Kai Suwabara (諏訪原戒, Suwabara Kai): Anak murid Kuroyanagi yang merupakan seorang tukang roti yang serius. Seorang yang mahir dalam ilmu pedang yang mendakwa telah meninggalkan jalan ahli pedang yang merampas kehidupan untuk mengikut jalan tukang roti yang boleh memberi kehidupan. Sungguhpun demikian, dia kerap bersikap seperti pahlawan dan menakutkan lawan ketika pertandingan roti, membuatkan orang lain tertanya-tanya adakah dia benar-benar "boleh memberi kehidupan" dengan rotinya. Seperti Kawachi, dia turut memiliki Sarung Tangan Matahari dan menganggap Azuma sebagai pesaingnya. Kelihatan dingin pada awalnya, tetapi dia jatuh cinta dengan wakil Amerika semasa Piala Monaco, Monica Adenauer, menampakkan jiwa lembut dalam dirinya.

Fail:Yakaitate Japan Character Kanmuri.png

Shigeru Kanmuri (冠茂, Kanmuri Shigeru): Seorang tukang roti yang berbakat sangat besar, mula muncul semasa Pertandingan Pekerja Baru Pantasia dan turut memiliki Tangan Matahari. Seorang graduan Universiti Harvard seperti Kuroyanagi, dia melihatnya sebagai mentor dan sering memanggilnya 'senpai' (bermaksud senior). Dia dianggap sebagai "Si Pintar Junior Harvard" kerana bergraduat pada usia semuda 16 tahun. Asalnya bekerja dengan kakak Tsukino yang kejam, Azusagawa Yukino, Kanmuri berpindah ke Cawangan Selatan Tokyo untuk bekerja bersama Azuma serta ingin membalas dendam terhadap Yukino kerana memusnahkan makmalnya. Dia menjaga kedai semasa Piala Monaco, tetapi menyertai semula kumpulan Azuma untuk cabaran Yakitate!! 25/Yakitate!! 9. Dia sebenarnya adalah salah seorang daripada 2 pewaris bagi Kumpulan Hashiguchi (kumpulan kongsi gelap yakuza terbesar di Jepun). Walaupun dia menegaskan tidak akan menyertai yakuza, masalah timbul apabila abang tirinya, Masanobu Tsutsumi berkongsi sentimen yang sama. Tsutsumi mencemburui adik tirinya kerana sering mendapat perhatian daripada ayah mereka, menyemarakkan keyakinan untuk menewaskan Kanmuri dalam pertandingan memasak / membakar. Masalah diselesaikan melalui pertandingan satu lawan satu semasa cabaran Yakitate!! 25/Yakitate!!9 (episod 62).

Fail:Yakaitate Japan Character Tsukino.png

Tsukino Azusagawa (梓川月乃, Azusagawa Tsukino): Cucu kepada pemilik rangkaian Pantasia, serta anak murid Matsushiro Ken. Dikatakan jatuh cinta pada Azuma, walaupun tidak dinyatakan dengan jelas. Dia seolah-olah dipinggirkan oleh keluarga Azusagawa yang terlibat dalam Pantasia kerana dia adalah anak luar nikah. Sungguhpun demikian, dia amat berdedikasi terhadap rangkaian Pantasia, mencari tukang roti baru yang berbakat (seperti Kawachi dan Azuma) dan memperoleh sokongan daripada kebanyakan watak lain.

Fail:Yakaitate Japan Character Ken.png

Ken Matsushiro (松代健, Matsushiro Ken): Pengurus Pantasia Cawangan Selatan Tokyo. Seorang lelaki berotot besar dengan rambut afro dan cermin mata hitam. Dikenali sebagai pembuat Roti Perancis terbaik di Jepun, dia turut meluangkan masa bersama kuda serta bertaruh dalam perlumbaan kuda. Dia adalah bekas guru Kuroyanagi, tetapi sebaik sahaja dia mengesan bakat besar Kuroyanagi sebagai pengkritik makanan, dia tidak menggalakkan Kuroyanagi meneruskan kerjaya sebagai tukang roti. Dia juga suka mengejek Kawachi, yang berperangai serupa seperti zaman remajanya, ada kalanya untuk memberikannya idea membuat roti, tetapi selalunya sekadar suka-suka saja. Dia juga boleh membuat Kawachi khayal pada masa-masa tertentu.

Pengadil roti

  • Ryo Kuroyanagi (黒柳亮, Kuroyanagi Ryō): Pengurus Pantasia Cawangan Utama, dan graduan Universiti Harvard yang memegang Diploma Sains Makanan (di situlah dia mempunyai seorang teman wanita bernama Cathy tetapi terpaksa berpisah apabila dia terpaksa pulang ke Jepun). Bakat utamanya yang paling cemerlang adalah merasa makanan. Perwatakannya yang lurus bendul jelas bertentangan dengan "reaksi" ganjilnya semata-mata bagi menunjukkan betapa lazatnya roti yang dimakannya (Dia pernah mengahwini seorang wanita yang sangat hodoh hanya kerana permainan kata, dan bercerai 5 minit kemudiannya). Dia pernah menjadi anak murid Ken, tetapi kemudian disingkirkan kerana perangainya. Dia diberi peluang oleh Kirisaki Yuuichi untuk memanfaatkan sepenuhnya kebolehan yang dimilikinya sebagai hakim pertandingan Yakitate!! 25 (Yakitate!! 9 dalam anime).
  • Pierrot Bolnez/Leonhart XV (ピエロ・ボルネーゼ, Piero Borunēze): Seorang badut bertaraf dunia yang bertugas sebagai hakim roti, berusia 22 tahun. Boleh tertutur dalam 135 bahasa, membahagikan dirinya kepada 135 klonnya, serta apa saja perkara menakjubkan berikutan statusnya sebagai badut bertaraf dunia. Pewaris takhta Monaco, walaupun dia sendiri tidak mengetahuinya pada mulanya sehinggalah Piala Monaco kedua. Pierrot menyedari dirinya sebagai pewaris takhta Monaco hanya semasa dia kehilangan darah, kerana dia memiliki darah yang sangat jarang ditemui iaitu darah Bombay yang turut dimiliki Raja Monaco. Dia menjadi badut bertaraf dunia dengan hasrat agar ibu bapanya yang dianggap telah membiarkannya semasa bayi dapat menemuinya. Sebenarnya, dia telah diserahkan di bawah jagaan keluarga angkat biasa menurut tradisi Monaco. Tetapi keluarga tersebut melarikan diri dengan duit yang diterima dan meninggalkan Pierrot. Apabila mereka membunuh diri, dia diisytiharkan sebagai sudah mati, tetapi sebenarnya berada di sarkas Quedam.
    Ibu kandungnya meninggal dunia semasa melahirkannya. Raja Monaco (yang mengetahui dia mempunyai darah jarang yang sama jenis dengan Pierrot) mengorbankan dirinya untuk menderma darah, selepas reaksi Pierrot (roti Final Victory Kawachi) bertukar menjadi 'pembunuhan' dan membongkar identiti sebenarnya. Dia kemudian dianggap 'Putera Ajaib' dan kedua-dua kumpulan finalis bercadang membuat roti supaya Pierrot dapat bertemu kembali dengan ibu bapanya. Roti Jepun #61 Azuma mengubah sejarah, menyelamatkan kedua ibu bapanya, dan mengubah kehidupannya menjadi lebih baik. Pierrot adalah watak yang mendominasi babak Piala Monaco, yang memberikan aspek yang segar kepada siri tersebut, bukan sekadar membuat roti.
  • Si Gemuk (Dave) Hachiguchi (デーブ橋口, Dēbu Hachiguchi): Seorang hakim roti yang terlampau gemuk. Watak tersebut adalah rujukan sendiri oleh pengarang Yakitate!! Japan, Takashi Hashiguchi. Dia pernah menjadi pelukis manga yang berjaya, tetapi dia menjadi terlampau berjaya dan banyak makan. Akibatnya, dia menjadi terlampau gemuk dan hanya tahu menyebut, "Sibuk, sibuk".

Watak jahat

Fail:Yakaitate Japan Character Kirisaki.png

Yūichi Kirisaki (霧崎雄一, Kirisaki Yūichi): Watak antagonis utama, pemilik rangkaian St. Pierre, dan ironinya dia jugalah 'pakcik baik hati' yang menggalakkan Azuma membuat roti dari episod yang paling awal. Dia bersekongkol dengan Yukino, yang bertungkus-lumus ingin mendominasi adik-beradiknya untuk memiliki Pantasia, mengkhianati rangkaian tersebut dan membenarkan Kirisaki membelinya. Tujuan utama penyertaan Pantasia dalam Monaco Cup adalah supaya Kanmuri dapat menguruskan 10 bilion yen untuk melindungi syarikat, tetapi akhirnya rancangan tersebut gagal. Walau bagaimanapun, Kirisaki memberikan kumpulan Azuma peluang terakhir untuk merampas semula Pantasia melalui pertandingan Yakitate!! 25 (manga) / 9 (anime), tetapi motif sebenarnya masih tidak diketahui. Anak lelaki Yuuichi yang pintar, Meister Sylvan Kirisaki adalah pengurus besar rangkaian Pantasia, dan anak perempuannya Sophie Balzac Kirisaki membantu kumpulan Azuma semasa Piala Monaco. Semasa memakan roti Azuma dalam pusingan akhir Yakitate!! 9, dia mula berubah hati dan berterus-terang kepada Pierrot tentang mengapa dia bersikap kejam terhadap Azuma, tetapi apabila kesan roti tersebut hilang, perangai lamanya kembali dan dia terus mencabar Azuma.

Fail:Yakaitate Japan Character Yukino.png

Yukino Azusagawa (梓川雪乃, Azusagawa Yukino): Anak perempuan sulung keluarga Azusagawa. Dia sememangnya sangat kejam, dan turut tergamak membuang abu mendiang ibu Tsukino di bawah pokok dan bukannya di kubur sebenarnya. Yukino membeli sejumlah besar saham datuknya tetapi kemudiannya menjadi presiden St. Pierre pula. Dia mempunyai kebencian terhadap Pantasia dan turut cuba menghabiskan wang 12 bilion yen milik Pantasia. Watak ini adalah satu lagi watak musuh utama dalam Pantasia dan mempunyai sepasang tangan yang berlawanan dengan Tangan Matahari - Tangan Ribut Salji.

Tukang roti pesaing

Fail:Yakaitate Japan Character Koala.png
  • Tsuyoshi Mokoyama (模糊山剛, Mokoyama Tsuyoshi) - Pesaing Matsushiro Ken dan pakar membuat roti manis. Dia berlatih bersama-sama Ken untuk mendapat Sarung Tangan Matahari, tetapi setelah dinaikkan jawatan di St. Pierre, dia menjadi malas dan berubah menjadi lelaki lembut. Dia menjadi pengurus cawangan utama St. Pierre di Selatan Tokyo, terletak seberang jalan sahaja dengan kedai yang diuruskan Ken dan Tsukino. Setelah seri dengan Azuma dalam pertandingan roti kebangsaan yang disiarkan di televisyan, Mokoyama dipecat dari St. Pierre dan mengenali Azusagawa Mizuno serta berubah semula menjadi lelaki waja sebenar setelah dia hilang segala-galanya. Dia menyertai Pertandingan Pekerja baru Pantasia dengan memakai topeng koala di mana sekali lagi dia seri dengan Azuma (tetapi kemudiannya dia sendiri menyerah kalah). Kemudian dalam pertandingan Yakitate!! 9/25, kali ini menyamar sebagai panda, dia kalah dengan Azuma. Tambahan pula, roti berperisa buluh rekaan Azuma berkesan menukarkannya menjadi panda sebenar.
  • Mizuno Azusagawa (梓川水乃, Azusagawa Mizuno) - Adik tiri Tsukino. Memandangkan Tsukino hanyalah anak luar nikah, Mizuno mendapat sokongan ayahnya. Mereka bersaing mengenai Azuma, sama ada kerana kemahirannya ataupun hatinya. Dia suka bersaing dan tidak begitu menepati janji. Azuma pernah mendesaknya untuk memanggil Tsukino sebagai "kakak" setelah Azuma menang. Sebaliknya, jika dia kalah, dia terpaksa bekerja di kedai Mizuno. Mizuno kalah, tetapi pada mulanya dia enggan memanggil Tsukino sebagai "kakak". Sebaliknya, dia memasang pertaruhan baru, jika Azuma kalah dengan Koala (Mokoyama), Tsukino terpaksa melupakan haknya untuk memiliki Pantasia, lengkap dengan surat kontrak. Azuma dan Mokoyama seri, tetapi kemudian Azuma menang setelah Mokoyama menyerah kalah. Setelah peristiwa itu, Mizuno masih lagi berminat dalam hal pemilikan Pantasia.

CMAP

Fail:Yakaitate Japan Character CMAP.png

CMAP adalah kependekan bagi "Cooking Meal Assemble People". Ia juga adalah parodi bagi kumpulan penyanyi Jepun, SMAP. CMAP adalah sekumpulan 4 chef selebriti.

Fail:Yakaitate Japan Character Tsubodzuka.png
  • Takumi Tsubozuka (坪塚拓美, Tsubozuka Takumi): Ahli CMAP yang paling popular. Dia berambut merah dan mempunyai sepasang mata yang agak kuyu. Takumi amat diminati terutamanya oleh perempuan. Dia menganggap masakan sebagai bisnes yang serius. Oleh kerana dia banyak berlakon watak luar, dia sudah biasa berbahasa rojak Inggeris dan Jepun dalam masa yang sama.
  • Hiroshi Kaname (要博士, Kaname Hiroshi): Ahli CMAP yang bercermin mata. Dia dikenali sebagai si pintar utama kumpulan tersebut. Namun, ada kalanya dia tidaklah begitu pintar, memandangkan dia mengakui Kawachi sebagai "komander" kumpulan Azuma kerana sering berada di luar gelanggang.
  • Shizuto Narumi (成海静人, Narumi Shizuto): Ahli CMAP berambut panjang dengan perangai suka berteriak "Matilah!" kepada lawannya.
  • Gō Chimatsuri (千祭剛, Chimatsuri Gō) voiced by: Kosuke Toriumi. Gō adalah ahli CMAP berambut putih. Dia memiliki Tangan Berapi, yang lebih hebat daripada Tangan Matahari.

Watak lain

  • Meister Kirisaki (マイスター霧崎, Masutā Kirisaki): Hakim roti serta Pengurus Besar Cawangan Utama Pantasia. Nama sebenarnya ialah Sylvan (シルヴァン). Berdarah kacukan Jepun-Perancis, dia adalah anak kepada Kirisaki Yuuichi. Dia mempunyai ramai peminat wanita yang sering mengikutinya ke mana saja.
  • Sophie Balzac Kirisaki: Adik perempuan Meister. Dia tinggal di Perancis sebagai seorang tukang roti. Dia dianggap sebagai Meister versi perempuan, dengan warna mata (biru) dan rambut (perang) yang sama.
  • Sadanao Azusagawa (梓川貞尚, Azusagawa Sadanao): Pemilik Pantasia
  • Spencer Henry Hokō (スペンサー・ヘンリー・ホコー, Nama timangan: "Sachihoko") - Pekerja baru berdarah Itali-Amerika yang bekerja di Pantasia Cawangan Nagoya.
  • Heidi: Heidi adalah pembantu Debu. Memandangkan Debu tidak dapat bergerak, dialah yang melakukan semua kerja untuknya.
  • Brad Kidd: Watak sokongan yang merupakan rakan sekelas Kuroyanagi semasa di sekolah menengah. Watak ini adalah parodi bagi orang Amerika yang serba bleh. Kidd banyak digunakan dalam manga dan anime untuk pelbagai peranan termasuklah sebagai ketua firma penyasatan. Ada kalanya, Kidd sering disalah anggap sebagai Brad Pitt kerana penampilan mereka yang hampir serupa.
Fail:Yakaitate Japan Character Kagato.png
  • Kageto Kinoshita (木下陰人, Kinoshita Kageto): Pekerja Pantasia Cawangan Selatan Tokyo yang mempunyai rambut mirip cendawan. Walaupun watak lain semuanya bercakap mengenai roti terbaru, Kinoshita sajalah yang membuat semua kerja sedangkan yang lain terlibat dalam pertandingan roti. Dalam sekali imbas, dia bukanlah seorang tukang roti yang sehandal Azuma atau Kawachi tetapi dia berkeupayaan bekerja sangat pantas seolah-olah seperti dia mengklonkan dirinya. Ini kerana dia dibesarkan di dalam keluarga yang bekerja di sarkas. Dia juga boleh meniru kemahiran roti orang lain 95% serupa seperti asal.